BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Total Pageviews

Tuesday 23 August 2011

Barcelona

Saturday 9 July 2011

Bola Sepak Malaysia..

    Barisan pemain-pemain Harimau Malaya bersedia menentang pasukan Chinese Taipei/Taiwandi Stadium Nasional Bukit Jalil 29 Jun lalu.
 Safiq Rahim selaku Captain Pasukan Malaysia di asak oleh pemain-pemain Taiwan dari menjaringkan gol di Stadium Chinese Taipei 3 Julai lalu.
Malaysia menang ke atas Taiwan dengan Perlawanan Timbal balik dengan kedudukan 4-4.Malaysia menang kerana mempunyai advantage 2 gol di tempat lawan
Baru-baru ini Malaysia menang tipis dengan Chinese Taipei(Taiwan) dalam pra kelayakan piala dunia 2014.Malaysia menang dengan 4-4 ke atas Taiwan.Seri, tetapi dengan syarat kelayakan Malaysia menang kerana menjaringkan 2 gol di tempat lawan melayakkan Malaysia untuk bermain pada kelayakan pusingan yang kedua menentang Singapura..Walaupun Singapura tersingkir awal pada Kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 tahun lalu, ini bukanlah bermakna Pasukan Malaysia perlu mengambil mudah menentang Pasukan Singapura malah perlu lebih bersungguh-sungguh untuk menentang pasukan negara singa ini.Pasukan Singapura mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri begitu juga dengan pasukan Harimau Malaya.

 29 Julai - Stadium Bukit Jalil

Jaringan Safiq Rahim pada minit ke 28 telah menggegarkan Stadium Bukit Jalil ketika menentang Taiwan.Jaringan yang cantik melalui soroton dari Kunalan di luar kotak penalti dan disepak terus oleh Safiq Rahim dengan sepakan "C" yang sempat lagi singgah di tiang gol dan terus masuk ke gawang gol Taiwan.Memang menarik gol daripada Captain pasukan itu.Tidak cukup dengan itu, Malaysia menambahkan jaringan seolah-seolah dahagakan kemenangan.Tandukan Aidil Zafuan dari tendangan sudut yang disempurnakan oleh Safiq Rahim terus tajam masuk ke gawang gol Taiwan.Ini membuatkan kedudukan Malaysia pada masa itu agak selesa.Tapi malangnya,kedudukan itu tidak kekal lama Taiwan sempat menjaringkan gol yang disempurnakan oleh Po Liang pada minit ke 76 untuk di bawa di Taiwan 3 Julai nnti.Kedudukan kekal 2-1 hingga tamat permainan.



3 Julai -Chinese Taipei Stadium

Malaysia mempunyai kelebihan 2 gol berbanding dengan Taiwan hanya dapat menjaringkan 1 gol yang dapat dijaringkan oleh Po Liang pada minit ke 76.Taiwan perlu menjaring sekurang-kurangnya 2 gol untuk memenangi perlawanan ini.Stadium di Taiwan sesak untuk melihat Pasukan negara mereka beraksi.Dengar kata, masuk percuma di stadium itu.Ini lebih membuatkan Stadium di Chinese Taipei lebih ramai.Pasukan Malaysia merasai gemuruh apabila bertandang di Stadium Chinese Taipei dengan hanya membawa 2 gol sahaja.Ini membuatkan Pasukan Harimau Malaya ini makin tertekan.Wisel ditiup oleh pengadil dari Vietnam menandakan   perlawanan sudah pun bermula.Debaran mula dirasakan oleh Pasukan Malaysia begitu juga semua yang menonton di Malaysia.Malaysia tertekan apabila Taiwan menguasai perlawanan selama 6 minit.Pada minit yang ke 7 Malaysia mula menggasak tetapi di halang dan ditackel oleh pemain tengah Taiwan.Ini menyebabkan Malaysia diberikan tendangan percuma dari jarak kira-kira 40 meter.Adil Zafuan di pertanggungjawabkan untuk menyempurnakan sepakan ini.Wisel berbunyi.Aidil Zafuan mula menendang.Tendangan Aidil Zafuan tajam dan laju seperti peluru terus masuk ke arah gawang gol Taiwan.GOL !.Adil Zafuan berjaya menyempurnakan gol ini.Cantik gol itu.Tendangan yang tajam yang di sepak oleh Aidil membuatkan penonton-penonton di stadium itu Taiwan tergamam.